Thursday, June 25, 2009

Laporan Khas Sempena Hari Bapa yang menyaksikan bukti kekejaman dan kedurjanaan Parti Komunis Malaya PKM



Laporan ini mengisahkan perasaan anak yang kehilangan bapa akibat kekejaman komunis pada masa itu. Kepiluan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata itu begitu menyayat hati. Kata pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Kepada ahli politik yang mungkin kehabisan modal untuk berpolitik atau cuba meraih sokongan pengundi... cubalah fikir dengan fikiran yang sewaras-warasnya. Belek kembali sejarah yang tercoret. Jangan hanya sesedap mulut seperti penambah perisa pada makanan untuk mendesak kerajaan supaya pengkhianat petualang bangsa dan negara ini dibenarkan pulang ke tanahair.

Kekejaman yang dilakukan itu tidak cukup untuk mengubat hati mereka-mereka yang telah terluka mahupun dendam yang membara dalam jiwa. Mungkin sekadar meluahkan pandangan dan cadangan cukup mudah. Tetapi tidak mereka yang mengalami detik hitam itu sehinggakan trauma dan berdukaseumur hidup mereka.

FIKIR-FIKIRKAN LAH...

Saturday, June 20, 2009

Laporan Khas: Lawatan Media bersama Air Asia ke Hangzhou, China.


Saksikan!!!

Saturday, June 13, 2009

Kebodohan melampau seorang rakyat Malaysia

Anwar melampau

KUALA LUMPUR 13 Jun – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mencari publisiti murahan apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani menegaskan, kenyataan itu juga mengguris hati lebih 200,000 keluarga bekas tentera yang selama ini berjuang demi membebaskan negara daripada ancaman komunis.

“Anwar sudah melampau dan perasaannya kini terang-terang sudah tidak cintakan lagi negara dan sengaja mencari publisiti murahan dengan kenyataan sedemikian.

“Bayangkan apa perasaan bekas anggota pertahanan negara yang mengetahui perkara ini, bukankah isu ini sudah selesai dan kita sudah mencapai kata sepakat tidak mahu membawa Chin Peng pulang,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.