Sunday, March 15, 2009

...Laporan Khas rakan setugas AminHayat Abd Rahim mengenai Solat menurut perspektif sains...




Benarlah setiap pergerakan dalam solat mempunyai kebaikan bagi merawat penyakit antaranya seperti sakit pinggang, denyutan serta peredaran darah dan mati pucuk. Tetapi, ianya mestilah dilakukan dengan mengikut postur badaan dengan betul. Ini membuktikan solat yang kita lakukan seharian itu sebenarnya tersirat manfaat yang besar.

....Laporan Khas bersama rakan setugas Linda Roos mengupas persoalan mengenai isu wanita berkahwin dengan lelaki muda...



Salahkah wanita yang berusia memilih lelaki yang lebih muda daripada mereka untuk menjadi teman hidup? Apapun yang dipersoalkan, mereka mempunyai hak untuk menentukan hala tuju hidup mereka asalkan tidak mengenetepikan agama.

Tuesday, March 10, 2009

Persahabatan...


apabila dua insan bertemu,berkenalan dan bersahabat,

hubungan persahabatan mula terjalin...

siapakah dia sahabat?


ada orang berkata orang yang baik kepada kita,itulah sahabat

fikirannya, ideologinya,dan bicaranya seakan serupa dengan kita,

itukah yang dinamakan sahabat?


apakah sahabat itu sekadar teman bicara ketika suka,

tapi teman dusta ketika kita berduka?

jalan-jalan kehidupan yang kita lalui,penuh ranjau dan duri,

mencari teman sejati sebagai tempat berlindung diri,

adakala sahabat itu muncul sendiri dan tidak usah dicari lagi


tanpa kita sedari dan dugai..

seolah-olah Tuhan Yang Maha Mengetahui

mengerti dan memahami hati ini

apabila sahabat itu tidak sekadar berkata-kata manis

tapi mengotakan kata-katanya


itulah erti persahabatan yang sebenarnya...

kerana seorang sahabat setia takkan menjadi musuh dalam selimut

yang menikam dari belakang dan cuba memboikot kita

hendaklah kita beringat selalu,kerana hati manusia tiada siapa yang tahu...


ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini, kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia…

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa diri kita dikhianati apabila sahabat kita memungkiri janjinya. Kita tak pernah beri dia peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar. Kita hamburkan ayat-ayat pedas kita tanpa mengira perasaannya. Kita tolak ke tepi segala alasan yang diberikannya pada kita. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Oh…manusia mudah lupa…kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana janji kita yang tidak ditepati…kita beri dia beribu-ribu alasan, kita paksa dia menerima alasan kita…

Waktu itu, langsung tidak terfikir bagaimana perasaan dia. Kecewakah dia? Marahkah dia? Ah…yang penting, kita puas…kita terus lupa, yang dia juga seperti kita…punya perasaan…dia juga tahu erti kecewa tetapi kita sering terlupa!

Teman sekalian…

Untungnya andai punya sahabat yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita suka atau duka…

Dia mendengar segala keluh kesah kita. Kita luahkan segala suka dan duka kita pada dia…walau panjang sekali luahan atau cerita kita padanya, dia tetap terus setia menjadi pendengar yang prihatin…terus mendengar dan mendengar…

Selalunya kita leka bercerita tentang diri kita sampai kita lupa bahawa dia juga punya cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita menenangkan sahabat kita seperti mana dia menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita apabila mendengar cerita gembiranya seperti mana dia tekun mendengar kisah kita?

Mampukah kita menjadi inspirasi kepada dia seperti mana dia selalu meniupkan semangat kekuatan buat kita apabila kita berasa kecewa dan menyerah kalah?
Mampukah kita???

Sesekali jadilah teman yang mendengar dari hanya bercerita…

Ambillah masa untuk menyelami hati dan perasaan sahabat kita kerana dia juga seperti kita…insan biasa yang tak lepas dari rasa sedih, kecewa, gembira, marah dan sebagainya…

Dia juga ada kelemahan tersendiri yang kadang-kadang antara kita sedar atau tidak. Dia juga memerlukan kawan sebagai kekuatan untuknya melayari kehidupan yang penuh dengan suka dan duka…

Kita selalu melihat dia ketawa, terbayang-bayang wajah gembira dia…tapi sedarkah kita, mungkin di sebalik tawa-ria itu terselit satu kedukaan di hatinya? Mungkin juga dia tak setabah yang kita sangkakan? Siapa tahu…

Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…

Tetapi, jika kita cuba menjadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu…

Teman…

Indahnya andai punya sahabat seperti itu…tetapi, masih adakah seorang sahabat begitu? Yang setia tak kira suka atau duka…

Namun, teman…

Sahabat yang benar-benar sejati memang payah untuk dicari…

Yang setia tika suka dan duka. Bergembira bersama dan berduka pun tetap bersama…bukan bila berduka, semua lari…bila suka, baru cari…

Ruginya andai punya sahabat begitu…

Jadi,

Pilihlah sahabat yang benar-benar layak bergelar sahabat…

Pencarian tak semudah yang disangka. Mengambil masa yang lama andai kita inginkan yang sempurna…

Akhir kalam,

Muhasabah diri kita kembali. Layakkah kita bergelar sahabat?

Dalam perjalanan yang masih belum selesai ini, saya juga bukanlah seorang sahabat yang sempurna...

Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadikan saya seorang sahabat yang benar-benar layak digelar seorang sahabat…kerna, saya hanyalah manusia biasa… yang banyak kelemahan dan kekurangan tersendiri...


===Buat sahabatku yang setia bersama ketika duka dan gembira=====

Monday, March 9, 2009

...Ke arah memartabatkan Bahasa Melayu...



APABILA bangsa asing menunjukkan minat untuk menguasai bahasa Melayu, ia merupakan satu penghormatan kepada bangsa Melayu.

Secara teorinya, masyarakat antarabangsa tidak akan memberikan perhatian kepada sesebuah bangsa, sekiranya bangsa itu tidak mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan.

Ambil sahaja contoh mudah bagaimana masyarakat dunia berlumba-lumba mempelajari bahasa Jepun disebabkan ilmu sains dan teknologi mereka yang tinggi.

Begitu juga dengan bahasa Arab apabila dunia Arab semakin berkembang sebagai lubuk ekonomi.

Hakikatnya, Malaysia menjadi perhatian dunia sebagai salah sebuah negara Islam yang semakin berkembang maju dan progresif.

Malaysia juga merupakan negara contoh terutamanya di kalangan negara-negara dunia ketiga.

Justeru, bangsa asing melihat bahasa Melayu sebagai bahasa moden iaitu bahasa yang mempunyai nilai-nilai komersial, bukannya bahasa kesusasteraan semata-mata.

Pastinya ada yang mengaitkan, jika bangsa asing sangat berminat untuk mendalami bahasa Melayu, mengapa PPSMI pula dilihat menyongsong arus?
...Laporan Khas yang disediakan AminHayat Abd Rahim...



Berita mengenai lebih 270,000 rakyat Malaysia menghidapi skizofrenia, sejenis penyakit mental tanpa menyedarinya sedikit sebanyak mengejutkan kebanyakan kita. Malah mungkin ada yang tertanya-tanya kini sama adakah kita sendiri sebahagian dari pengidap penyakit ini.

Ramai yang beranggapan penyakit mental akan mengakibatkan seseorang dilihat berperangai aneh dan bertindak di luar batasan.

Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini.

Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.

Tetapi persepsi di kalangan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu mereka yang mengidap penyakit ini apatah lagi jika ada di antara kita yang terlalu bergantung kepada bomoh, sinseh dan perantara untuk menyembuhkan mereka.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh membahayakan pesakit dan mereka akan menjadi lebih ganas dan boleh membunuh diri atau membunuh anggota keluarga ataupun jiran mereka.

Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif

Bagaimanapun dengan kemajuan dalam bidang sains perubatan kini, penyakit mental seperti skizofernia dan lain-lain boleh dipulihkan sepenuhnya jika dikesan dari awal.

... Membuat liputan sempena Sambutan Maulidur Rasul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur...

..
...Wah, wah, wah, sempat lagik pose kat dalam opis yer. Gembira laaa, sebab baru balik dari tugas membuat liputan...



...Elya melaporkan untuk Berita tv9...




...Cam biasa lahh. Aku bertugas sebagai jurugambar. Masa ni pun tengaah hujan rintik-rintik...

...Hari ni 9 march 2009 merupakan sambutan Maulidur Rasul. Untuk tahun ini, sambutan yang dilakukan berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Sambutan kali ini dilakukan di Dataran Merdeka berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.

...Cuaca pada pagi ini sebenarnya mendung dan diramalkan akan hujan. Sambutan orang ramai yang hadir juga menggalakkan. Aku tiba bersama rakan setugas Elya pada pukul 8.30 pagi. Untuk liputan Sambutan Hari Maulidur Rasul peringkat kebangsaan ini, kami telah ditugaskan untuk memantau perjalanan majlis dengan mendapatkan reaksi daripada pengunjung. Selain itu, jika ada sebarang insiden boleh juga dijadikan bahan berita.

...Tepat jam 9:05 minit pagi, seperti yang diramalkan, hujan mula turun di kawasan ini. Apa lagi duk tunggu. Orang ramai yang sedang asyik duk melihat majlis penyampaian anugerah tokoh maulidur rasul ini masing-masing mencari tempat untuk berlindung daripada hujan. Dengan tiba-tiba, Dataran Merdeka yang tadinya penuh dengan pengunjung tiba-tiba menjadi kosong dek kerana mencari tempat untuk berlindung. Eerrmmmm...sememangnya sambutan secara terbuka ini memang bagus untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk datang. Itupun jika cuaca pada hari itu cerah. Jika sebaliknya, macam inilah jadinya. Walau bagaimanapun, sambutan tetap berjalan dengan lancar.


Maulidur Rasul disambut meriah


KASIH SERI PADUKA... YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyerahkan trofi anugerah kepada penerima anugerah OKU Muhammad Haziq Samrat, yang bergerak menaiki papan luncur, sambil diperhatikan oleh Datuk Zahid Hamidi pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/NOORADZRENE MOHD NOOR


KUALA LUMPUR 9 Mac - Majlis sambutan Maulidur Rasul diperingati di seluruh negara hari ini dengan acara Peringkat Kebangsaan berlangsung di Dataran Merdeka di sini.

Sambutan kali ini yang bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambutan bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan institut latihan dan wakil masjid membabitkan kira-kira 100,000 peserta.





===sumber:utusan malaysia====

Sunday, March 8, 2009

...Laporan Khas yang disediakan rakan setugas AminHayat Abd Rahim...




...Laporan ini memaparkan tentang pembangunan di sekitar tasik banding untuk eko-pelancongan. Tasik Banding di gerik perak yang terletak di Hutan Belum sememang kaya dengan pelbagai khazanah flora dan faunanya. Aku yang bertugas sebagai jurugambar begitu kagum dengan hutan diraja belum ini yang masih belum diterokai manusia. Tugasan ini sesungguhnya memberi peluang kepada aku untuk meninjau keagungan ciptaan ilahi di samping berpeluang melawat perkampungan orang asli yang masih mengamalkan adat dan tradisi mereka.

...pembangunan yang dilakukan oleh kumpulan EMKAY ini mengambil-kira impak kepada alam sekitar sesuai ke arah memelihara alam semulajadi untuk tatapan generasi akan datang. Di sini juga akan dibina makmal penyelidikan untuk melakukan penyelidikan ke atas khazanah alam khususnya dalam bidang perubatan dan pemuliharaan hutan.







...sempat posing lepas lunch kat Chicken Rice Shop di KL Sentral...


Saturday, March 7, 2009


... Laporan Khas : Sayangi terumbu karang kita ...





...Laporan Khas aku buat sempena Hari Coral Sedunia 2008. Malaysia sememangnya bertuah kerana memiliki terumbu karang antara tercantik dunia. Ini menjadikan negara kita antara destinasi terkenal untuk para penyelam menyelam di dasar laut.

Kerajaan batal bina lapangan terbang Tioman

KUANTAN 7 Mac - Kerajaan membatalkan cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang di Pulau Tioman setelah mengambil kira kesan ke atas alam sekitar.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, pembatalan pembinaan lapangan terbang bernilai RM120 juta itu dibuat setelah meneliti keseluruhan laporan projek tersebut.

Menurutnya, kerajaan terpaksa membuat keputusan itu berikutan kesan pembinaan tersebut akan menjejaskan persekitaran Pulau Tioman seperti terumbu karang dan hidupan marin lain.

"Kemusnahan tersebut akan memberi kesan yang negatif kepada sektor pelancongan terutama di pulau yang dikenali antara pulau tercantik di dunia itu," katanya.

Beliau yang juga Presiden MCA berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan MCA cawangan Indera Mahkota di sini hari ini.

Tee Keat menjelaskan, kerajaan bagaimanapun bersetuju melakukan penambahbaikan terhadap lapangan terbang sedia ada di Pulau Tioman supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai terutama pelancong.

Menurutnya, antara penambahbaikan yang akan dilakukan termasuk menaik taraf lapangan terbang sedia ada untuk pesawat-pesawat angkut ringan.

Tambah beliau, cadangan pembinaan lapangan terbang baru itu di pulau peranginan tersebut merupakan salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Dalam pada itu, Tee Keat memberitahu, kerajaan juga akan menaik taraf Pelabuhan Kuantan supaya ia terus mampu bersaing di peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya antara 20 pelabuhan terbaik dunia.

"Antara pendekatan yang telah digariskan untuk penambahbaikan pelabuhan berkenaan ialah meningkatkan kapasiti pengendalian.

"Pendekatan itu ialah dengan mendalamkan alur pelayaran di pelabuhan berkenaan dan membina pemecah ombak untuk menarik lebih banyak kapal besar berlabuh di situ," jelasnya.

Selain itu, kata beliau, kerajaan akan melakukan penjenamaan semula pelabuhan tersebut di peringkat antarabangsa.

"Ia akan dilakukan secara bersepadu untuk meningkatkan kecekapan pelabuhan itu memandangkan tahap kecekapannya masih kurang memuaskan," ujarnya.

===Sumber: Utusan Malaysia====

...Terima kasih kepada kerajaan yang begitu memahami akan impak yang diterima kepada kesan pembangunan di kawasan itu. Pembatalan ini sudah semestinya mengembirakan penduduk setempat.

..Memang isu pembinaan lapangan terbang di Pulau Tioman ini mendapat bantahan penduduk kerana khuatir dengan kesan alm sekitar yang diterima jika projek itu diteruskan. Sudah tentulah kesan besarnya adalah kemusnahan terumbu karang. Semasa tinjauan saya di sana juga mendapati, banyak kawasan terumbu pesisir pantai yang dulunya kaya dengan berbagai spesis batu karang, kini telah musnah.

...Selain itu, projek penambakan pantai di jeti Taman Laut Malaysia juga memberi kesan kepada kemusnahan karang. Walaupun terumbu karang boleh membiak, ianya mengambil masa yang agak lama untuk berkembang membentuk terumbu.




...Pergi ke Genting Highland...


...Sempat posing depan kereta...






















...Kalaulah cuaca kat KL tu macam kat sini, best giler. Pergi kerja nak basikal or jalan kaki jer...

...Hari ini merupakan hari aku off. So, memang aku dah plan dengan rakan baikku untuk ke Genting Highland dengannya. Ini pun kali pertama aku memandu ke Genting Highland dengan keretaku. Selepas sarapan di cafe Mak Yong, kira-kira pukul sebelas pagi barulah kami bertolak ke sana. Untuk pengetahuan korang, cafe Mak Yong ni memang best nasi lemaknya. Sedap sangat. Lokasinya di Tropic. Damansara Perdana. Ye laa, kalu ke Ikea tu. boleh laa singgah ke sini.

...Lebih kurang sejam setengah perjalanan, akhirnya kami pun sampai kat Genting Highland. Mencabar jugak laa memandu di kawasan berbukit tinggi seperti Genting Highland ni. Lagi pun, kereta aku ni manual. So, memerlukan kecekapan untuk penukaran gear apabila mendaki bukit. Sebaik sampai, kami pun berjalan-jalan melihat apa yang menarik ada di situ. Maklumlah dah lama tak ke sini. Rupa-rupanya sama saje. Tak ada apa-apa yang menarik. Tengok theme park pun macam malas nak gi main. Selepas itu, kami pun berjalan-jalan di indoor theme park. Pun sama gak. Agak membosankan laa.

...So, aku mencadangkan kepada rakan ku supaya kita lepak saje di luar. Sambil menikmati udara segar sekeliling. Nyaman dan tiada pencemaran. Bukan seperti di bandaraya Kuala Lumpur. Jalan punya jalan, kami pun lepak lah di Starbuck. Kira open-air la sikit. So kita orang pun pesan laa minuman. Aku tak boleh minum minuman sejuk. Maklumlah, kena pantang. So aku minum latte la. Rakan ku pulak minum ice-blended. Tengok pun dah cukup menyelerakan. Pastu aku cuba cake starbuck. Nak rasa laa. Harganya murah sikit laa dari DOME. RM10.50. Latte aku tu pulak RM15.00. Kopak, kopak duit aku. Nak menunggu bonus pun tak tahu lah bila dapat. Takper laaa... Penat bekerja. Sesekali tu, nak laa rasa makan sedap-sedap sikit.

...Sambil-sambil minum tu, kami sempat gak melihat telatah seorang budak nie. Suka benar dengan kami. Siap lambai-lambai sambil senyum lagi. Mungkin perbualan kami ketika itu menimbulkan mood ceria yang menarik minat budak itu untuk melambai kami. Budak ni pun cute dan comel. Apa yang dibualkan oleh kami sewaktu melepak pun semuanya pasal kerja. Berbincang jugalah mcam mana hendak menghasilkan laporan khas yang benar-benar memberi impak kepada penonton. Kebetulan, aku ni pun sedang menyiapkan laporan khas berkaitan isu śtigma negatif masyarakat terhadap pembawa HIV/AIDS´. Aku juga bukanlah menyalahkan mereka ini seratus peratus. Mungkin kurang pengetahuan dan ilmu yang cetek tentang HIV/AIDS. Masa mula-mula dulu pun, aku begitu gerun mendengar namanya. Apatah lagi untuk mendampingi orang yang menghidapnya. Tetapi, selepas aku membuat sedikit kajian sendiri mengenai cara virus ni merebak, dan rawatan yang ada kini, segala kesangsian dan rasa takut telah hilang dengan tiba-tiba. Sebab ianya merebak dengan hanya 3 cara. Medium untuk virus itu merebak juga hanya 5 jenis, iaitu darah, air mani, air mazi, cecair faraj dan susu ibu. Dari segi rawatan, ianya sedikit berbeza sewaktu virus ini mula-mula dikesan. Yess, memang betul jika virus pertama kali dikenalpasti pada tahun 80-an itu terkena pada seseorang individu itu, mereka hanya menanti masa untuk mati. Tetapi tidak sekarang. Pakar perubatan telahpun menemui terapi yang boleh merencatkan penularan virus itu daripada terus membiak di dalam badan seterusnya melumpuhkan sistem imunisasi badan. Selain itu, difahamkan juga virus HIV ini mempunyai jenisnya sendiri. Sama ada sifatnya kuat ataupun kurang kuat.

...Oleh itu, aku berharap sangat laporan khas yang akan aku siapkan ini sekurang-kurang dapat mengikis sedikit stigma negatif masyarakat terhadap mangsa HIV/AIDS ini. Bagi aku, adalah tidak adil sama sekali kita menyisihkan atau memulaukan mereka sedangkan apa yang mereka tanggung itu sudah cukup terbeban. Biarlah mereka merasai sinar harapan yang kita berikan kepada mereka. Setidak-tidaknya mereka akan terus bersemangat untuk terus berjuang untuk hidup. Pepatah melayu juga ada mengatakan, ¨berpantang maut sebelum ajal¨. Dalam Al-Quran juga menyatakan setiap penyakit yang diturunkan oleh Allah juga mempunyai penawarnya. Cuma, kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran olehNya, perlu berikhtiar mencari penawarnya.

...Lama jugalah topik ini diperbualkan bersama rakan karibku. Bukan apa, cuma aku sedih mengenangkan nasib mereka yang dipulaukan akibat gara-gara pembawa HIV/AIDS. Siapalah kita sebenarnya untuk menghukum mereka. Mungkin laporan ini aku sentuh juga berkaitan dengan isu ujian saringan HIV/AIDS yang diwajibkan ke atas pasangan muslim yang ingin mendirikan rumah tangga. Mungkin ujian ini ada baik dan buruknya juga. Tapi, tidak bermakna keputusan negatif yang diterima akan terus negatif pada masa akan datang....itu yang perlu kita faham. Aku rasa, KEJUJURAN adalah benteng untuk mencegah penularan virus ini. Jujur kepada pasangan masing-masing. Tidak berlaku curang. Rakan karibku juga ada mencadangkan untuk membuat satu dokumentari khas berkenaan stigma ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai mengenai isus ini. Memang bagus. Aku setuju. Sebab masyarakat di luar bandar masih menebal stigma mereka mengenai isu ini. Kami mungkin boleh bekerjasama dengan Majlis Aids Malaysia bagi menerbitkan dokumentari ini.

...Setelah habis kami berbincang, kami pun beredar dari Starbuck menuju ke tepi kawasan bukit untuk mengambil foto sebagai kenang-kenangan. So, foto time. Cuaca yang tidak begitu mengizinkan, sekejap hujan, sekejap panas menyebabkan kami hanya berhenti di beberapa tempat sahaja. Apa yang melucukan kami sewaktu kam berhenti di sebelah jalan berhampiran tokong cina di situ, tiba-tiba kereta aku berbunyi di bahagian bawah kenderaan seolah-olah ada benda yang bergesel...Cuak giler aku dibuatnyer. Lama -kelamaan bunyi tu pun hilang. Kami masing-masing berpandangan antara satu-sama lain dan seterusnya ketawa melihat riak wajah masing-masing setelah apa yang berlaku.