Saturday, March 7, 2009

...Pergi ke Genting Highland...


...Sempat posing depan kereta...






















...Kalaulah cuaca kat KL tu macam kat sini, best giler. Pergi kerja nak basikal or jalan kaki jer...

...Hari ini merupakan hari aku off. So, memang aku dah plan dengan rakan baikku untuk ke Genting Highland dengannya. Ini pun kali pertama aku memandu ke Genting Highland dengan keretaku. Selepas sarapan di cafe Mak Yong, kira-kira pukul sebelas pagi barulah kami bertolak ke sana. Untuk pengetahuan korang, cafe Mak Yong ni memang best nasi lemaknya. Sedap sangat. Lokasinya di Tropic. Damansara Perdana. Ye laa, kalu ke Ikea tu. boleh laa singgah ke sini.

...Lebih kurang sejam setengah perjalanan, akhirnya kami pun sampai kat Genting Highland. Mencabar jugak laa memandu di kawasan berbukit tinggi seperti Genting Highland ni. Lagi pun, kereta aku ni manual. So, memerlukan kecekapan untuk penukaran gear apabila mendaki bukit. Sebaik sampai, kami pun berjalan-jalan melihat apa yang menarik ada di situ. Maklumlah dah lama tak ke sini. Rupa-rupanya sama saje. Tak ada apa-apa yang menarik. Tengok theme park pun macam malas nak gi main. Selepas itu, kami pun berjalan-jalan di indoor theme park. Pun sama gak. Agak membosankan laa.

...So, aku mencadangkan kepada rakan ku supaya kita lepak saje di luar. Sambil menikmati udara segar sekeliling. Nyaman dan tiada pencemaran. Bukan seperti di bandaraya Kuala Lumpur. Jalan punya jalan, kami pun lepak lah di Starbuck. Kira open-air la sikit. So kita orang pun pesan laa minuman. Aku tak boleh minum minuman sejuk. Maklumlah, kena pantang. So aku minum latte la. Rakan ku pulak minum ice-blended. Tengok pun dah cukup menyelerakan. Pastu aku cuba cake starbuck. Nak rasa laa. Harganya murah sikit laa dari DOME. RM10.50. Latte aku tu pulak RM15.00. Kopak, kopak duit aku. Nak menunggu bonus pun tak tahu lah bila dapat. Takper laaa... Penat bekerja. Sesekali tu, nak laa rasa makan sedap-sedap sikit.

...Sambil-sambil minum tu, kami sempat gak melihat telatah seorang budak nie. Suka benar dengan kami. Siap lambai-lambai sambil senyum lagi. Mungkin perbualan kami ketika itu menimbulkan mood ceria yang menarik minat budak itu untuk melambai kami. Budak ni pun cute dan comel. Apa yang dibualkan oleh kami sewaktu melepak pun semuanya pasal kerja. Berbincang jugalah mcam mana hendak menghasilkan laporan khas yang benar-benar memberi impak kepada penonton. Kebetulan, aku ni pun sedang menyiapkan laporan khas berkaitan isu Å›tigma negatif masyarakat terhadap pembawa HIV/AIDS´. Aku juga bukanlah menyalahkan mereka ini seratus peratus. Mungkin kurang pengetahuan dan ilmu yang cetek tentang HIV/AIDS. Masa mula-mula dulu pun, aku begitu gerun mendengar namanya. Apatah lagi untuk mendampingi orang yang menghidapnya. Tetapi, selepas aku membuat sedikit kajian sendiri mengenai cara virus ni merebak, dan rawatan yang ada kini, segala kesangsian dan rasa takut telah hilang dengan tiba-tiba. Sebab ianya merebak dengan hanya 3 cara. Medium untuk virus itu merebak juga hanya 5 jenis, iaitu darah, air mani, air mazi, cecair faraj dan susu ibu. Dari segi rawatan, ianya sedikit berbeza sewaktu virus ini mula-mula dikesan. Yess, memang betul jika virus pertama kali dikenalpasti pada tahun 80-an itu terkena pada seseorang individu itu, mereka hanya menanti masa untuk mati. Tetapi tidak sekarang. Pakar perubatan telahpun menemui terapi yang boleh merencatkan penularan virus itu daripada terus membiak di dalam badan seterusnya melumpuhkan sistem imunisasi badan. Selain itu, difahamkan juga virus HIV ini mempunyai jenisnya sendiri. Sama ada sifatnya kuat ataupun kurang kuat.

...Oleh itu, aku berharap sangat laporan khas yang akan aku siapkan ini sekurang-kurang dapat mengikis sedikit stigma negatif masyarakat terhadap mangsa HIV/AIDS ini. Bagi aku, adalah tidak adil sama sekali kita menyisihkan atau memulaukan mereka sedangkan apa yang mereka tanggung itu sudah cukup terbeban. Biarlah mereka merasai sinar harapan yang kita berikan kepada mereka. Setidak-tidaknya mereka akan terus bersemangat untuk terus berjuang untuk hidup. Pepatah melayu juga ada mengatakan, ¨berpantang maut sebelum ajal¨. Dalam Al-Quran juga menyatakan setiap penyakit yang diturunkan oleh Allah juga mempunyai penawarnya. Cuma, kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran olehNya, perlu berikhtiar mencari penawarnya.

...Lama jugalah topik ini diperbualkan bersama rakan karibku. Bukan apa, cuma aku sedih mengenangkan nasib mereka yang dipulaukan akibat gara-gara pembawa HIV/AIDS. Siapalah kita sebenarnya untuk menghukum mereka. Mungkin laporan ini aku sentuh juga berkaitan dengan isu ujian saringan HIV/AIDS yang diwajibkan ke atas pasangan muslim yang ingin mendirikan rumah tangga. Mungkin ujian ini ada baik dan buruknya juga. Tapi, tidak bermakna keputusan negatif yang diterima akan terus negatif pada masa akan datang....itu yang perlu kita faham. Aku rasa, KEJUJURAN adalah benteng untuk mencegah penularan virus ini. Jujur kepada pasangan masing-masing. Tidak berlaku curang. Rakan karibku juga ada mencadangkan untuk membuat satu dokumentari khas berkenaan stigma ini bertujuan untuk menyedarkan orang ramai mengenai isus ini. Memang bagus. Aku setuju. Sebab masyarakat di luar bandar masih menebal stigma mereka mengenai isu ini. Kami mungkin boleh bekerjasama dengan Majlis Aids Malaysia bagi menerbitkan dokumentari ini.

...Setelah habis kami berbincang, kami pun beredar dari Starbuck menuju ke tepi kawasan bukit untuk mengambil foto sebagai kenang-kenangan. So, foto time. Cuaca yang tidak begitu mengizinkan, sekejap hujan, sekejap panas menyebabkan kami hanya berhenti di beberapa tempat sahaja. Apa yang melucukan kami sewaktu kam berhenti di sebelah jalan berhampiran tokong cina di situ, tiba-tiba kereta aku berbunyi di bahagian bawah kenderaan seolah-olah ada benda yang bergesel...Cuak giler aku dibuatnyer. Lama -kelamaan bunyi tu pun hilang. Kami masing-masing berpandangan antara satu-sama lain dan seterusnya ketawa melihat riak wajah masing-masing setelah apa yang berlaku.

No comments:

Post a Comment