Monday, March 9, 2009

...Ke arah memartabatkan Bahasa Melayu...

video

APABILA bangsa asing menunjukkan minat untuk menguasai bahasa Melayu, ia merupakan satu penghormatan kepada bangsa Melayu.

Secara teorinya, masyarakat antarabangsa tidak akan memberikan perhatian kepada sesebuah bangsa, sekiranya bangsa itu tidak mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan.

Ambil sahaja contoh mudah bagaimana masyarakat dunia berlumba-lumba mempelajari bahasa Jepun disebabkan ilmu sains dan teknologi mereka yang tinggi.

Begitu juga dengan bahasa Arab apabila dunia Arab semakin berkembang sebagai lubuk ekonomi.

Hakikatnya, Malaysia menjadi perhatian dunia sebagai salah sebuah negara Islam yang semakin berkembang maju dan progresif.

Malaysia juga merupakan negara contoh terutamanya di kalangan negara-negara dunia ketiga.

Justeru, bangsa asing melihat bahasa Melayu sebagai bahasa moden iaitu bahasa yang mempunyai nilai-nilai komersial, bukannya bahasa kesusasteraan semata-mata.

Pastinya ada yang mengaitkan, jika bangsa asing sangat berminat untuk mendalami bahasa Melayu, mengapa PPSMI pula dilihat menyongsong arus?

2 comments:

  1. link aku cepattttttttttttttttt.....tak kira walau tak gheti blaja aar. :p

    ReplyDelete
  2. aku rasa ppsmi tu bagus dlm meningkatlkan pengetahuan pelajar mengenai istilah sains dlm bahasa inggeris. kalau dah sampai u nanti x lah confuse sgt mcm sebelum ni.
    lgpun kebanyakan istilah sains bahasa melayu pun dicedok bulat2 dari bahasa inggeris. kalau dah pandai bahasa inggeris x semestinya bahasa melayu kita pinggirkan. aku blh je dpt 1 ngan 2 bm ngan bi spm.. ahaks...

    ReplyDelete