Monday, March 9, 2009

... Membuat liputan sempena Sambutan Maulidur Rasul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur...

..
...Wah, wah, wah, sempat lagik pose kat dalam opis yer. Gembira laaa, sebab baru balik dari tugas membuat liputan...



...Elya melaporkan untuk Berita tv9...




...Cam biasa lahh. Aku bertugas sebagai jurugambar. Masa ni pun tengaah hujan rintik-rintik...

...Hari ni 9 march 2009 merupakan sambutan Maulidur Rasul. Untuk tahun ini, sambutan yang dilakukan berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Sambutan kali ini dilakukan di Dataran Merdeka berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.

...Cuaca pada pagi ini sebenarnya mendung dan diramalkan akan hujan. Sambutan orang ramai yang hadir juga menggalakkan. Aku tiba bersama rakan setugas Elya pada pukul 8.30 pagi. Untuk liputan Sambutan Hari Maulidur Rasul peringkat kebangsaan ini, kami telah ditugaskan untuk memantau perjalanan majlis dengan mendapatkan reaksi daripada pengunjung. Selain itu, jika ada sebarang insiden boleh juga dijadikan bahan berita.

...Tepat jam 9:05 minit pagi, seperti yang diramalkan, hujan mula turun di kawasan ini. Apa lagi duk tunggu. Orang ramai yang sedang asyik duk melihat majlis penyampaian anugerah tokoh maulidur rasul ini masing-masing mencari tempat untuk berlindung daripada hujan. Dengan tiba-tiba, Dataran Merdeka yang tadinya penuh dengan pengunjung tiba-tiba menjadi kosong dek kerana mencari tempat untuk berlindung. Eerrmmmm...sememangnya sambutan secara terbuka ini memang bagus untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk datang. Itupun jika cuaca pada hari itu cerah. Jika sebaliknya, macam inilah jadinya. Walau bagaimanapun, sambutan tetap berjalan dengan lancar.


Maulidur Rasul disambut meriah


KASIH SERI PADUKA... YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyerahkan trofi anugerah kepada penerima anugerah OKU Muhammad Haziq Samrat, yang bergerak menaiki papan luncur, sambil diperhatikan oleh Datuk Zahid Hamidi pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/NOORADZRENE MOHD NOOR


KUALA LUMPUR 9 Mac - Majlis sambutan Maulidur Rasul diperingati di seluruh negara hari ini dengan acara Peringkat Kebangsaan berlangsung di Dataran Merdeka di sini.

Sambutan kali ini yang bertemakan Wahdah Pemangkin Khaira Ummah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambutan bermula dengan perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang terdiri daripada kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan institut latihan dan wakil masjid membabitkan kira-kira 100,000 peserta.





===sumber:utusan malaysia====

No comments:

Post a Comment