Saturday, March 7, 2009


... Laporan Khas : Sayangi terumbu karang kita ...





...Laporan Khas aku buat sempena Hari Coral Sedunia 2008. Malaysia sememangnya bertuah kerana memiliki terumbu karang antara tercantik dunia. Ini menjadikan negara kita antara destinasi terkenal untuk para penyelam menyelam di dasar laut.

Kerajaan batal bina lapangan terbang Tioman

KUANTAN 7 Mac - Kerajaan membatalkan cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang di Pulau Tioman setelah mengambil kira kesan ke atas alam sekitar.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, pembatalan pembinaan lapangan terbang bernilai RM120 juta itu dibuat setelah meneliti keseluruhan laporan projek tersebut.

Menurutnya, kerajaan terpaksa membuat keputusan itu berikutan kesan pembinaan tersebut akan menjejaskan persekitaran Pulau Tioman seperti terumbu karang dan hidupan marin lain.

"Kemusnahan tersebut akan memberi kesan yang negatif kepada sektor pelancongan terutama di pulau yang dikenali antara pulau tercantik di dunia itu," katanya.

Beliau yang juga Presiden MCA berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan MCA cawangan Indera Mahkota di sini hari ini.

Tee Keat menjelaskan, kerajaan bagaimanapun bersetuju melakukan penambahbaikan terhadap lapangan terbang sedia ada di Pulau Tioman supaya dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai terutama pelancong.

Menurutnya, antara penambahbaikan yang akan dilakukan termasuk menaik taraf lapangan terbang sedia ada untuk pesawat-pesawat angkut ringan.

Tambah beliau, cadangan pembinaan lapangan terbang baru itu di pulau peranginan tersebut merupakan salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Dalam pada itu, Tee Keat memberitahu, kerajaan juga akan menaik taraf Pelabuhan Kuantan supaya ia terus mampu bersaing di peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya antara 20 pelabuhan terbaik dunia.

"Antara pendekatan yang telah digariskan untuk penambahbaikan pelabuhan berkenaan ialah meningkatkan kapasiti pengendalian.

"Pendekatan itu ialah dengan mendalamkan alur pelayaran di pelabuhan berkenaan dan membina pemecah ombak untuk menarik lebih banyak kapal besar berlabuh di situ," jelasnya.

Selain itu, kata beliau, kerajaan akan melakukan penjenamaan semula pelabuhan tersebut di peringkat antarabangsa.

"Ia akan dilakukan secara bersepadu untuk meningkatkan kecekapan pelabuhan itu memandangkan tahap kecekapannya masih kurang memuaskan," ujarnya.

===Sumber: Utusan Malaysia====

...Terima kasih kepada kerajaan yang begitu memahami akan impak yang diterima kepada kesan pembangunan di kawasan itu. Pembatalan ini sudah semestinya mengembirakan penduduk setempat.

..Memang isu pembinaan lapangan terbang di Pulau Tioman ini mendapat bantahan penduduk kerana khuatir dengan kesan alm sekitar yang diterima jika projek itu diteruskan. Sudah tentulah kesan besarnya adalah kemusnahan terumbu karang. Semasa tinjauan saya di sana juga mendapati, banyak kawasan terumbu pesisir pantai yang dulunya kaya dengan berbagai spesis batu karang, kini telah musnah.

...Selain itu, projek penambakan pantai di jeti Taman Laut Malaysia juga memberi kesan kepada kemusnahan karang. Walaupun terumbu karang boleh membiak, ianya mengambil masa yang agak lama untuk berkembang membentuk terumbu.




No comments:

Post a Comment