Tuesday, July 14, 2009


Laporan Khas : 100 hari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerajui negara.



Pada 11 Julai 2009, genap 100 hari Datuk Seri Najib Tun Razak mentadbir negara. Pelbagai penilaian diberikan ke atas kepimpinan beliau, ada yang bersifat positif dan ada yang negatif.

Namun begitu yang menarik adalah kesungguhan beliau untuk mengurus krisis kepercayaan, kesetiaan dan keyakinan dalam kalangan warga Malaysia. Lahir Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang dijadikan sebagai penanda aras atau kayu pengukur ke atas kewibawaan kepimpinan beliau.

Di samping '11 Hadiah Rakyat' yang mencakupi unsur ekonomi dan sosial, beliau muncul dengan enam Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang akan dijadikan sebagai 'petunjuk' sepanjang beliau memimpin supaya dapat mencapai matlamat KPI.

Keenam-enam bidang tersebut adalah mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah serta memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan meningkatkan tahap pengangkutan.

Melihat kepada butiran ini, ia sudah pasti akan menjadi cabaran besar ke atas tadbir urus Najib kerana hampir kesemua pemimpin, baik dalam parti pemerintah mahupun pembangkang, masing-masing pernah dan masih melaungkan usaha yang hampir sama.

Sepanjang 100 hari, Najib bersedia membuat keputusan popular dan tidak popular; keputusan berisiko dan tidak berisiko; kesemuanya memperlihatkan nilai kepimpinan transformasi.



No comments:

Post a Comment